bismillah.
ruangan ini kadangkala perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat, bukan hanya penuh dengan cerita kosong.
untuk pertama kalinya.
kalimah tayyibah.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya." - HR Bukhari
solat khusyuk dan khudu'.
dari Jabir ra berkata, "Telah berkata seorang lelaki kepada Nabi SAW ; Sesungguhnya seorang (pada waktu malam) bersembahyang, tetapi pada waktu paginya dia mencuri. Nabi SAW bersabda : "Tidak lama lagi sembahyangnya akan menegahnya daripada perbuatan buruk itu." - HR Al Bazzar, Majmaa az Zawaaid
ilmu dan zikir.
dari Abu Musa Al - Ash'ari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Kalaulah seorang berharta dan membahagi-bahagikan hartanya dan seorang lagi sibuk berzikir kepada Allah, orang yang berzikrullah adalah lebih afdhal." - HR Tabrani, Majmaa az Zawaaid
ikramul muslimin.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara Muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata : "Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga."" - HR Tirmizi
ikhlas niat.
dari Abu Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah." - HR Bukhari
dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : "Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada Lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad." - HR Ibn Hibban
*sumber dipetik daripada buku Muntakhab Ahadith
setakat ini perkongsian ilmu untuk harini. do read, apply and share with the others. assalamualaikum :)